Antara langkah2 yang boleh diikuti ialah :
- Setiap kali selepas bersin, pastikan tangan dicuci bersih dan disapu dengan cecair antiseptik atau setiap kali selepas berjabat tangan dengan orang lain.
- Berjalan kaki secara rutin sekurang-kurangnya 45 minit setiap minggu berisiko kecil untuk diserang virus selesema berbanding mereka yang jarang bergerak.
- Tombol pintu, alat kawalan jauh, papan kekunci, gagang telefon dan sebagainya yang sering disentuh oleh orang ramai merupakan antara sarang bakteria. oleh itu, sebaiknya anda membersihkan benda-benda seperti ini dengan cairan antiseptik secara rutin termasuklah membersihkan tangan selepas menggunakannya.
- Atur pola makanan dengan mengambil makanan bergizi dan seboleh mungkin cuba hindari makanan yang kurang diyakini kebersihannya. cara ini, daya tahan tubuh anda semakin meningkat sehingga dapat menahan dari serangan kuman.
- Kuantiti dan kualiti tidur juga perlu dijaga agar dapat memastikan kesihatan berada di tahap yang terbaik. usahakan tidur 7 hingga 8 jam sehari.
0 ulasan:
Post a Comment